Sunday 30 August 2015

5 Perkara Pelajar USM Kampus Kesihatan Perlu Tahu


1. MyCSD - Holy Points

MyCSD ni sangat diperlukan bila kita nak mohon penempatan di Desasiswa sama ada Desasiswa Murni atau Desasiswa Nurani. Di USM, student akan dapat MyCSD bila mana kita join mana-mana aktiviti dekat USm tak kira lah sama ada sebagai ahli jawatan kuasa atau pun hanya sebagai peserta tapi point tu aje lah yang berbeza. 

So, apa itu MyCSD?? MyCSD is basicly merit points yang kita kumpul dari awal sem untuk pastikan yang kita dapat kemudahan hostel dekat dalam USM.Kalau yang berhasrat nak menetap dekat luar USM untuk second year and so on, so tak payah lah nak kumpul MyCSD bagai. Sebenarnya kalau stay outside the campus memang susah sikit..kalau ada kelas ke, terlewat bangun ke...kan susah tapi semuanya atas diri masing-masing Actually, it is apparently too 'fancy' for student that staying outside the campus  and of course a little inconvenient. Bawah ni contoh MyCSD yang dah terkumpul dan..these point yang terkumpul ni melayakkan diri ni dapat penginapan..:)


2. Student Cab

Takde kereta?? takde kenderaan?? Takde masalah sebab Student Cab kan ada..Student Cab ni adalah "private taxi" service yang dibuat oleh student2 USM sendiri. Tambang of course lah lagi murah daripada taxi yang dekat luar USM, senang citer lagi untung lah kalau guna servis Student Cab ni tambah-tambah Student Cab dekat USM ni memang peramah. Tambang tu jugak bergantung destinasi jugak lah and of course lah kena tengok driver nya jugak. Pasal no fon nak contact Student Cab?? Senang ja, tanya ja senior2..confirm diorang ada banyak contact number Student Cab dalam fon diorang.

Gambar Sekadar Hiasan

3. Tempat Shopping

Kalau tempat shopping pulak memang tak payah risau sebab dekat Kelantan ni memang banyak tempat untuk membeli-belah walaupun tempat shopping tak se'gah' Queensbay dekat Penang..yang penting harga murah.. tempat yang biasa student pergi of course lah KBMall dekat Bandar Kota Bharu..Dekat KBMall tu macam-macam ada sebab KBMall tu kira macam shopping complex yang terbesar lah dekat Kelantan..selain itu ada gak orang pergi Rantau Panjang sebab situ kawasan bebas cukai, so faham-faham jelah...harga memang berpatutan. 

Pasaraya yang paling dekat dan paling famous dalam kalangan student USM Kampus Kesihatan ni adalah Pasaraya Mydin KUbang Kerian. Boleh dikatakan semua barang lah ada dekat situ, so tak yah risau pasal kedai nak beli barang2 keperluan. Bagi yang suka menikmati keindahan alam dan tak suka shopping tu, boleh lah pergi pantai..banyak aje pantai dekat Kelantan contohnya : Pantai Cahaya Bulan (PCB), Pantai Irama Bachok, Pantai Seri Tujoh Tumpat dan sbgnya....

KB Mall Shopping Complex
KB Mall
Zon Bebas Cukai Rantau Panjang (RP)

4. Pasar Malam


Pasar malam yang paling dekat dengan USM Kampus Kesihatan ni adalah berdekatan dengan Mydin Mall Kubang Kerian..Pasar malam dekat sini hari Jumaat..Oh Yeah!! sapa yang tak suka pasar malam kan..terutamanya student. Bau ayam koreng, kentang goreng, nasi kerabu..wow..sungguh menyelerakan..


5. USM Secure

USM Secure memang terbaik..laju ja wifi dia tapi kadang-kadang gelong jugak. Sesapa yang bilik dia dekat dengan box wifi tu memang laju lah wifi dia tapi kalau bilik yang hujung-hujung, memang nasiblah..slow sikit tapi kalau dalam dewan kuliah, dewan utama..memang laju bak hang :)


Sekian......Selamat Datang ke USM Kampus Kesihatan Kubang Kerian :)

Friday 21 August 2015

Manhattan Fish Market


Manhattan Fish Market KBmall


First time aku pergi Manhattan Fish market ni dekat KBmall..Of course lah best sebab boleh makan. Aku memang penggemar makanan. Harga makanan dekat Manhattan Fish Market ni lebih kurang dekat Seoul Garden jugak around RM30++....harga standard..
Beza antara Manhattan Fish Market ni dengan Seoul Garden ialah Seoul Garden ada macam-macam makanan, tapi kalau dekat Manhattan Fish Market ni makanan dia mostly berasaskan ikan, nama pun fish...ekekekkeke
Tapi aku enjoy ja makan makanan dekat sini..Hari tu aku pergi dengan 4 orang kawan so termasuk aku jadi 5 orang lah semuanya. Kitorang kena dalam RM170++ untuk 5 orang (3 set + 3 juice + 2 milo float). Berbaloi lah makanan dengan harga. Meh kita usha view dalam Manhattan Fish Market KBmall..

Senyum lebar semua lepas menjamu selera (le girlfriends)

View before masuk Manhattan Fish Market KBmall




View dia memang lawa


Sebenarnya banyak gak menu yang ada dekat sini tapi aku lupa dah apa nama-nama menu semua tu..semua nama pelik-pelik aihhh
Milo float yang sedap


Suasana dalam Manhattan Fish Market KBmall
Ni antara menu yang aku order (paling famous)
Ikan yang paling best



Dalam Manhattan Fish Market ni pu kitorang duduk lama kalau nak tau..memang menikmati makanan tu habis-habisan. Untuk sapa-sapa yang suka makanan berasaskan ikan tu, memang elok sangat lah mai dekat sini..Dekat sini, nasi goreng pun ada...bagi aku, nasi goreng dekat sini lagi sedap daripada Seoul Garden tapi makan dengan ikan...memang kena sangat dengan selera :)

Sekian....selamat menjamu selera di Manhattan Fish Market KBmall....Belum cuba belum tau...


Seoul Garden


Seoul Garden KB Mall


Pada siapa-siapa yang tak pernah pergi Seoul Garden tu, meh sini aku nak story sikit pasal Seoul Garden..Seoul Garden yang aku pergi adalah dekat Kbmall Kelantan. Seoul Garden ni sebenarnya not bad tau especially untuk sapa-sapa yang suka makan tu. Dekat sini semua makanan halal, so kira takyah risaulah. Makanan dekat sini memang best giler..memang tak puas lah walaupun duduk dalam tu tiga empat jam pun..aku dah 2 kali pergi and i'm in love with makanan dalam Seoul Garden. First time aku pergi dengan roomate aku dekat usm then second time tu aku pergi with le cousin.
Ni view sebelum masuk Seoul Garden KBmall
View dalam Seoul Garden KBmall

Okay....sekarang ni meh kita cerita pasal pakej dekat sini pulak. Untuk sapa-sapa yang berhajat nak mai sini, aku nasihatkan pergi hari bekerja sebab kalau pergi weekend memang harga dia up sikit daripada hari-hari biasa. Lagipun hari biasa takdelah sesak sangat dekat dalam tu. Jom tengok pakej apa yang ada and berapa duit yang nak kena bajet kalau nak mai sini.
Pakej Seoul Garden

Ni pulak makanan yang boleh korang rasa dekat Seoul Garden KBmall














Okay...ni lah sebahgian view makanan dalam Seoul Garden...Sangat best bila dapat makan semua ni...Boleh dikatakan semua lah aku try, just ada certain-certain seafood ja yang aku tak makan sebab tak kena dengan selera aku. Kalau korang nak tau, nasi goreng pun ada dekat sini tau..memang terbaik ahh nasi goreng dia nak nak makan pulak makan dengan daging kicap kalau tak silap aku. Semua makanan kita amik sendiri, kalau aku memang aku buat macam rumah sendiri lah. First time pergi aku duduk dalam 5 jam dekat dalam tu tp second time dalam 3 jam lebih macam tu ja..tak larat nak pulun makan dah.

Sebahagian makanan yang aku ambik.. Pakej Tom Yam Thai
This is second time with le cousin :)

Seoul Garden KBmall memang terbaik dengan layanan yang tiptop walaupun customer dekat situ ramai..Kalau mai sini mesti rasa semua makanan dia tau macam seafood, maggi, nasi goreng, telur and untuk minuman pulak ada apple tea, lemon tea, lemonade, and minuman the best is mocha..memang sedap tak terhingga lah mocha dia especially mocha panas. Makan lah sebanyak mungkin, baru berbaloi bayar mahal-mahal. Kitorang kena bayar dalam RM141.20 untuk 4 orang makan..Untuk yang ada student card tu memang digalakkan bawak sebab boleh makan harga student...:)

Ni pergi waktu dengan member-member usm


Sekian......selamat menjelajah mencari makanan..Next entry will is at Manhattan Fish Market :)