Sunday, 30 August 2015

5 Perkara Pelajar USM Kampus Kesihatan Perlu Tahu


1. MyCSD - Holy Points

MyCSD ni sangat diperlukan bila kita nak mohon penempatan di Desasiswa sama ada Desasiswa Murni atau Desasiswa Nurani. Di USM, student akan dapat MyCSD bila mana kita join mana-mana aktiviti dekat USm tak kira lah sama ada sebagai ahli jawatan kuasa atau pun hanya sebagai peserta tapi point tu aje lah yang berbeza. 

So, apa itu MyCSD?? MyCSD is basicly merit points yang kita kumpul dari awal sem untuk pastikan yang kita dapat kemudahan hostel dekat dalam USM.Kalau yang berhasrat nak menetap dekat luar USM untuk second year and so on, so tak payah lah nak kumpul MyCSD bagai. Sebenarnya kalau stay outside the campus memang susah sikit..kalau ada kelas ke, terlewat bangun ke...kan susah tapi semuanya atas diri masing-masing Actually, it is apparently too 'fancy' for student that staying outside the campus  and of course a little inconvenient. Bawah ni contoh MyCSD yang dah terkumpul dan..these point yang terkumpul ni melayakkan diri ni dapat penginapan..:)


2. Student Cab

Takde kereta?? takde kenderaan?? Takde masalah sebab Student Cab kan ada..Student Cab ni adalah "private taxi" service yang dibuat oleh student2 USM sendiri. Tambang of course lah lagi murah daripada taxi yang dekat luar USM, senang citer lagi untung lah kalau guna servis Student Cab ni tambah-tambah Student Cab dekat USM ni memang peramah. Tambang tu jugak bergantung destinasi jugak lah and of course lah kena tengok driver nya jugak. Pasal no fon nak contact Student Cab?? Senang ja, tanya ja senior2..confirm diorang ada banyak contact number Student Cab dalam fon diorang.

Gambar Sekadar Hiasan

3. Tempat Shopping

Kalau tempat shopping pulak memang tak payah risau sebab dekat Kelantan ni memang banyak tempat untuk membeli-belah walaupun tempat shopping tak se'gah' Queensbay dekat Penang..yang penting harga murah.. tempat yang biasa student pergi of course lah KBMall dekat Bandar Kota Bharu..Dekat KBMall tu macam-macam ada sebab KBMall tu kira macam shopping complex yang terbesar lah dekat Kelantan..selain itu ada gak orang pergi Rantau Panjang sebab situ kawasan bebas cukai, so faham-faham jelah...harga memang berpatutan. 

Pasaraya yang paling dekat dan paling famous dalam kalangan student USM Kampus Kesihatan ni adalah Pasaraya Mydin KUbang Kerian. Boleh dikatakan semua barang lah ada dekat situ, so tak yah risau pasal kedai nak beli barang2 keperluan. Bagi yang suka menikmati keindahan alam dan tak suka shopping tu, boleh lah pergi pantai..banyak aje pantai dekat Kelantan contohnya : Pantai Cahaya Bulan (PCB), Pantai Irama Bachok, Pantai Seri Tujoh Tumpat dan sbgnya....

KB Mall Shopping Complex
KB Mall
Zon Bebas Cukai Rantau Panjang (RP)

4. Pasar Malam


Pasar malam yang paling dekat dengan USM Kampus Kesihatan ni adalah berdekatan dengan Mydin Mall Kubang Kerian..Pasar malam dekat sini hari Jumaat..Oh Yeah!! sapa yang tak suka pasar malam kan..terutamanya student. Bau ayam koreng, kentang goreng, nasi kerabu..wow..sungguh menyelerakan..


5. USM Secure

USM Secure memang terbaik..laju ja wifi dia tapi kadang-kadang gelong jugak. Sesapa yang bilik dia dekat dengan box wifi tu memang laju lah wifi dia tapi kalau bilik yang hujung-hujung, memang nasiblah..slow sikit tapi kalau dalam dewan kuliah, dewan utama..memang laju bak hang :)


Sekian......Selamat Datang ke USM Kampus Kesihatan Kubang Kerian :)

1 comment:

  1. Hai assalamualaikum. Berapa jumlah kos pembelajaran nursing ya?

    ReplyDelete