Entry kali ni saya nk share pasal Itinerary to Perhentian Island
Budget per pax
3Days 2Nights (20/5/2016-23/5/2016)
USM Kubang Kerian -> Kuala Besut -> Pulau Perhentian Kecil
Pakej Percutian (camping) - Agensi myperhentian - Rm169
Tambang Teksi (pergi) - Rm14
Tambang Bas (balik) - Rm5.20
Tambang Bot Teksi - Rm2
Pas Masuk - Rm5
Peralatan Masak + Makanan - Rm5.80
Nasi Putih - Rm3
Air Mineral - Rm1.50
Total Budget : Rm205.50(per pax)
🌹jumlah bajet di atas merupakan jumlah selepas dibahagi 5 orang. Bajet per person dekat atas akan jadi lagi murah kalau korang pergi lebih dari 5 orang. Lagi ramai lagi murah
🌹Actually, tambang pergi dan balik tu boleh dapat lagi rendah dari harga tu (Rm19.20). Disebabkan waktu main boat kitorang bertolak adalah pada jam 9 pagi (20/5/2016), so kitorang terpaksa bertolak dari USM seawal jam 7 pagi. Waktu2 macam tu susah nak cari bas ke jeti Kuala Besut, so kitorang decide sewa teksi (Rm70 for 5 persons). Kalau naik korang naik bas pergi dan balik, lagi jimat sbb korang just need to spend Rm10.40 per person. Boleh jimat Rm8.80
🌹Waktu dah sampai dekat Jeti Kuala Besut, kitorang perlu spend Rm5 seorang utk beli pas masuk ke Pulau Perhentian. Pas masuk boleh beli dekat kaunter tiket dkt jeti kuala besut.
Utk ke Pulau Perhentian kecil, kitorang kena naik 2 buah bot (1 main boat, 1 taxi boat). 'Main boat' boleh muat dalam 10-12 orang. Bila dah nak sampai dekat pesisir pantai, kitorang kena tukar bot, dari main boat tukar ke taxi boat. Taxi boat lagi kecil dr 'main boat', so kitorg kena separate naik 4 org satu bot. So kiranya kitorg gabung dgn group lain. Charge Rm2seorang utk tambang taxi boat yg akn ambik penumpang dan akan hntar smpai ke pesisir pantai. Serious laju giler taxi boat tu tp best.
🌹Memandangkan makanan dekat Pulau Perhentian boleh dikatakan mahal, kitorg angkut semua peralatan memasak dan bahan2 nak masak. Harga makanan lebih kurang 3x ganda mahal kalau nal dibandingkan dengan harga makanan dekat Kelantan. So benda ni pilihan masing2 sama ada nak masak or nak beli je.
Pada sesapa yg taknak masak, boleh je beli dkt kedai makan dekat sana sbb banyak sgt kedai makan termasuklah kedai cenderahati. Kitorang masak je sbb nak jimat, nama pun backpackers, camping pulak tu..
🌹Pakej yg kitorg ambik adaah pakej 3D2N Perhentian Island Camping (Rm169) di ig : @myperhentian . Pakej ni ditawarkan di Long Beach, Perhentian Island (Kecil). Antara senarai yg include dalam pakej ni ialah:
- campsite + tent
- return boat 2 ways
- snorkelling 4+1
1) shark point
2) turtle point
3) Blue Lagoon
4) coral garden
5) Lata Air Berani
Facilities :-
- seaview campsite
- Night guard/lamp
- toilet/shower
- charging point
- near restaurant
Add on activies (extra charge) :-
- BBQ (Rm40 per person)
- Kayak
- Banana Boat
- snorkelling Rawa Island (Rm55 per person)
🌹Sebab utama pergi Pulau Perhentian sebanb memang dah lama teringin nak pergi..lagi2 org kata view dkt sana mmg terbaik dan benda tu semua trnyata betul. Tak sia2 pergi, wlupun last minute punya plan tp still well-planned. Smooth je, Alhamdulillah..
🌹Tempat wajib bila pergi Pulau Perhentian Kecil adalah Romantic Beach, Windmill, Lata Air Berani & snorkelling points. Utk sampai ke Windmill, kita kena mendaki bukit bermula dari camping site sampai lah puncak paling atas. Pendakian tu ambik masa lebih kurang 40 minit, tp kitorg just spend 15 minutes je sbb jalan punya cepat, maklumlah dah tak sabar nak tgok pemandangan dkt ats sana.
🌹Bila dah sampai dkt puncak, serius penat tp bila terpandang je view Romantic Beach..penat terus hilang. dkt puncak tu kita boleh tgk kincir angin, tempat pengumpulan tenaga solar and Romantic Beach. Dari atas, kita boleh turun iku tangga, tp tangga tu tinggi sangat2. Kitorg mampu turun separuh je sbb takut tak larat nak naik ats balik. Dkt situ, korang boleh lah ambik gambar banyak2 tp kena hati2 gak sbb bnyk tangga yg dah rosak and berkarat. Wlupun tangga tu dah berkarat, tp karat tu yg menyebabkan warna tangga tu cantik, mcm ada tone warna gitu.
🌹Waktu snorkelling, ada 4 points iaitu shark point, turlte point, blue lagoon, and coral garden..kitorg tk berkesempatan nk pergi turtle point sbb time tu laut bergelora, so bahaya klau pergi jugak..dpt pergi 3 points and Lata Air Berani tu pun dah cukup bersyukur. Dkt Lata Air Berani tu kita mandi air bukit yg sejuk lpas penat snorkelling, tu kira tmpat last lah.
Then, sblum balik..kitorg singgah makan tgahri di perkampungan nelayan. Kitorg tak makan pun dkt situ, just minum air sbb kitorg nak masak lpas balik snorkelling.
*************************************************
(1st day)
7.30am : Bertolak dari USM KK
8.20am : tiba di Jeti Kuala Besut
9.20am : Bertolak dari Jeti Kuala Besut
10.25am : Tiba di Pulau Perhentian
10.30am : Kemas barang dlm khemah
11.00am : mandi laut/berendam
12.00pm : masak makan tghari
1.00pm : lunch
2.00pm : rehat
5.00pm : solat jamak (asar + zohor)
5.30pm : mendaki bukit (windmill)
5.45pm : tiba di puncak
6.45pm : bertolak balik (turun bukit)
8.00pm : masak makan malam
8.45pm : dinner
9.30pm : mandi / rehat
(2nd day)
6.00am : solat subuh
11.00am : Snorkelling 3 points + 1
1.00pm : singgah di Prkmpungan Nelayan
2.10pm : bertolak balik ke camping site
2.40pm : sampai di camping site
2.45pm : masak mkn tghari
3.30pm : lunch
3.45pm : berendam dlm laut
4.30pm : mandi
5.00pm : solat jamak (asar + zohor)
5.30pm : minum petang tepi pantai
7.00pm : mandi
7.30pm :solat jamak (maghrib + isyak)
8.00pm : jalan2 tepi pantai
8.45pm : masak makan mlm
9.20pm : dinner
12.00am : tidur
(3rd day)
6.00am : solat subuh
7.00am : masak
7.30am : breakfast
8.00am : berendam air laut
10.00am : mandi
10.30am : kemas barang
11.10am : tggu bot di jeti Pulau Prhntian
11.20am : naik bot
12.10am : sampai di jeti Kuala Besut
12.10pm :jalan kaki ke stesen bas Kuala Besut (bersebelahan Samudera Hotel brdktn dgn 7eleven Kuala Besut)
12.15pm : tggu bas
2.00pm : brtolak balik ke USM
3.15pm : sampai di USM
Additional information :
Travel Agency - ig : @myperhentian
Contact no. : 019-4574157 (Hafiz)
014-5466081 (Vie)